TimMie's: Pentingnya Carseat untuk Anak Kita

Baca ini ya, dearies~ :)


Jika anda mencari stroller, carseat atau barangan bayi lain berjenama seperti 4moms, Quinny, Halford, Easy Walker, Nuna, Maxi Cosi, Koopers, Baby Jogger dan banyak lagi, boleh hubungi saya ya. Saya cuba bantu anda buat pilihan terbaik dengan lebih penjimatan. Whatsapp +6 010 3347302 atau tinggalkan mesej anda di Chatbox. Terima kasih.

Saturday 10 December 2016

Pentingnya Carseat untuk Anak Kita

Sejak jadi ibu, Tim memang suka korek ilmu berkenaan apa yang terbaik untuk bayi dan kanak-kanak . Normallah kan, memang naluri seorang ibu & bapa mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Baik dari segi penyusuan badan (breastfeeding), pemakanan, tumbesaran sehinggalah kepada bab penggunaan baby carrier dan safety carseat yang sesuai. Banyak lagi yang masih Tim belum tahu, masih belajar. Tapi ilmu yang ada tu inshaAllah Tim akan kongsikan bersama 😊

Dalam banyak-banyak aspek berkaitan penjagaan bayi & kanak-kanak ni, di Malaysia kita agak terkebelakang dari segi kesedaran terhadap kepentingan memakai safety carseat sekurang-kurangnya sehingga umur anak mencecah 7 tahun. Dulu semasa Tim belajar di UK, semua kanak-kanak diwajibkan pakai carseat sehingga umur 12 tahun. Siapa bawa anak tapi dalam kereta takde carseat siaplah, tunggu kena saman yang bukan sikit-sikit. Bagusnya sebab undang-undang ni dah lama dikuatkuasa di sana, dan ibu bapa faham akan kepentingan carseat, maka mereka sendiri dengan rela hati memastikan anak-anak menggunakan carseat yang betul. Dengan bertambah anak, kereta pun upgrade supaya boleh muat carseat banyak-banyak. Awesome! Kita kat Malaysia pun boleh. Yang penting kena tahu dan faham peranan carseat untuk keselamatan anak kita.

Princess kesayangan, my Little Khadi, nyenyak tidur on the way balik kampung.

Antara kepentingan Baby Car Seat adalah:

1. Keselamatan bayi

Kata orang malang tidak berbau. Kita mungkin merasakan 'ah, pangku baby ni lagi senang nak menyusu ke apa..letak dalam car seat nanti dia menangis lagi susah'. Haa ini yang kita silap. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Bayangkan jika kita letakkan bayi di tempat duduk sebelah pemandu, atau anak yang dah besar sikit suka memanjat dari kerusi belakang ke depan. Ketika asyik memandu seekor kucing melintas dan kita terpaksa menekan brek secara tiba-tiba. Apa agaknya akan jadi kepada anak kita? Impak kecil mampu memberi kesan kecederaan yang besar terhadap kanak-kanak, apatah lagi dalam perjalanan jauh yang tentunya lebih berisiko tinggi. Biarlah anak menangis sekejap dalam car seat daripada kita menangis kehilangan mereka (nauzubillah).

Mari kita ambil iktibar dari tragedi-tragedi seperti ini:

Bayi Maut Tercampak Keluar Dari MPV
Dua Anak Tercampak Dari Kereta
Bayi 5 Bulan Maut Tercampak 

By the way, ada tekniknya nak bagi anak biasa duduk dalam car seat. Nanti Tim share tau.

2. Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri

Bila kita sudah biasakan bayi kita duduk dalam car seat, lebih mudah untuk kita memandu seorang diri. Untuk permulaan mungkin ada sedikit kesukaran melatih anak. Lama kelamaan, anak kita akan biasa.

3. Dapat mengajar bayi untuk tidur sendiri

Apabila bayi sudah kenyang dan lampin sudah disalin, mereka akan rasa selesa dan tidak mempunyai masalah untuk tidur nyenyak dengan sendiri. Kebiasaannya, cara ini memang berkesan sebab gegaran kereta semasa kita memandu membuatkan bayi lebih mudah untuk tidur. Secara tidak langsung ianya juga dapat membuatkan anak anda pandai berdikari.

4. Mengajar anak tentang rutin di dalam kereta

Budak-budak memerlukan rutin yang sama supaya mereka tidak keliru. Kejap buat boleh, kejap buat tak boleh, mana satu yang betul ni? Jadi, kita kena buat satu rutin dalam kereta juga, iaitu masuk kereta mesti duduk di car seat masing-masing. Dari bayi sampailah yang dah besar. Jika bayi perlu menyusu, berhenti sebentar di kawasan perhentian untuk susukan bayi, kemudian letakkan semula dalam car seat. Bayi selesa, kita pun selesa semasa perjalanan.

No comments:

Post a Comment