TimMie's: Cara Memilih Safety Car Seat yang Sesuai

Baca ini ya, dearies~ :)


Jika anda mencari stroller, carseat atau barangan bayi lain berjenama seperti 4moms, Quinny, Halford, Easy Walker, Nuna, Maxi Cosi, Koopers, Baby Jogger dan banyak lagi, boleh hubungi saya ya. Saya cuba bantu anda buat pilihan terbaik dengan lebih penjimatan. Whatsapp +6 010 3347302 atau tinggalkan mesej anda di Chatbox. Terima kasih.

Saturday 10 December 2016

Cara Memilih Safety Car Seat yang Sesuai

Ok kali ni kita belajar sedikit jenis-jenis carseat yang available di pasaran & macam mana nak tahu carseat apa yang sesuai untuk anak kita. Kena ingat, cadangan umur yang sesuai untuk carseat yang dibuat oleh syarikat antarabangsa mungkin tidak selari dengan saiz kanak-kanak Malaysia. Ini kerana saiz tubuh kanak-kanak dari US & Europe biasanya lebih besar dan tinggi.

Selain itu, elakkan memilih carseat semata-mata berdasarkan corak/design yang cantik semata-mata. Ingat, tujuan utama menggunakan carseat adalah untuk KESELAMATAN.

Sebaiknya, car seat harus dibeli sebelum anak dilahirkan. Ini untuk persediaan setelah kita dibenarkan pulang dari hospital. Lagi awal kita perkenalkan anak dengan carseat, lebih mudah untuk anak membiasakan diri mereka dengan rutin keselamatan ini.

Jenis-jenis carseat. Dari kiri: Infant carseat, Convertible carseat, booster carseattiada carseat (menggunakan seat belt kereta bersama/tanpa booster cushion)

Seat yang di tengah tu adalah booster carseat

Terdapat 2 cara pemasangan car seat di dalam kenderaan iaituRear-Facing (menghadap ke belakang) & Front-Facing (menghadap ke hadapan).

Pasangkan car seat anak anda secara rear-facing selama yang mungkin, sebaik-baiknya sehingga umur 2 tahun, kemudian barulah ditukar kepada front-facing. Ini untuk mengurangkan impak terhadap bayi jika berlaku kemalangan, disebabkan tulang belakang dan leher bayi yang masih lembut.


Jangan pasang car seat di tempat duduk bahagian  hadapan yang mempunyai airbag (belon udara keselamatan). Kedudukan paling selamat di dalam kereta adalah di tempat duduk bahagian tengah. Namun, kebanyakan kereta tidak sesuai dipasang car seat di bahagian ini kerana tidak mempunyai seat belt yang sesuai. Pilihan kedua terbaik adalah di belakang tempat duduk penumpang hadapan.

Mari kita tengok apakah jenis-jenis car seat yang terdapat di pasaran.

Maxi Cosi Cabriofix

1. INFANT CARRIER / CAR SEAT

Infant carrier boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut jenama tertentu. Car seat ini perlu diletakkan menghadap ke belakang (rear-facing), maka car seat ini lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama bayi. Car seat ini lebih kecil dan mudah diangkat keluar masuk kereta, juga terus dipasangkan pada frame stroller (dengan adaptor yang sesuai). Dan yang lebih penting, tanpa mengganggu si kecil yang sedang tidur.

Tetapi penggunaan infant carrier mempunyai had masa. Ia perlu ditukar kepada carseat yang lebih besar apabila kepala bayi telah melebihi paras hujung kerusinya dan beratnya sudah melebihi had yang ditetapkan kerusi tersebut. Apabila anak anda sudah melepasi had ini, bertukarlah kepada convertible car seat atau all-in-one car seat.

Halford Voyage XT

2. CONVERTIBLE CAR SEAT

Car seat jenis ini boleh diletakkan secara rear-facing (menghadap ke belakang) atau fornt-facing (menghadap ke depan). Kebanyakan car seat jenis ini sesuai untuk penggunaan dari bayi newborn sehingga ke umur 4 tahun, ada yang sehingga 6 tahun. Oleh itu, pastikan anda mengetahui had umur kerusi yang ingin anda beli.

Kerusi jenis ini lebih berat dari infant carrier maka, ia tidak mudah untuk dibawa keluar dan masuk dari kereta kita. Tetapi car seat ini lebih ekonomi jika dibandingkan dengan infant carrier kerana tempoh penggunaannya adalah lebih lama.
Cosatto Zoomi

3. BOOSTER CAR SEAT

Ini pula peringkat akhir kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta.
Secara mudahnya, kerusi ini membantu menaikkan ketinggian anak anda supaya boleh menggunakan tali pinggang keselamatan kereta.
Asasnya, terdapat 2 jenis: high back booster car seat dan booster cushion.


Graco 4Ever

4. ALL-IN-ONE CAR SEAT

Kerusi jenis ini boleh menghadap ke depan dan ke belakang dan boleh juga bertukar menjadi booster seat jika anak anda sudah sampai pada peringkat umur yang bersesuaian. Oleh kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur, maka penggunaannya adalah lebih lama daripada kedua jenis car seat yang disebut di atas. Bagaimana pun, harganya biasanya lebih mahal tetapi berbaloi untuk kegunaan jangka masa panjang. Beli satu carseat dan tak perlu fikir untuk tukar lagi sehingga anak mencecah umur 12 tahun.


TIPS TAMBAHAN MEMBELI CARSEAT:

🔴 Pilihlah car seat yang mudah untuk kita dan pasangan kita gunakan. Jika tidak yakin, minta penjual menunjukkan cara pemasangan carseat dengan betul dalam kereta anda.
🔴 Pilihlah kerusi yang bersesuaian dengan berat dan umur anak kita. Klik di sini untuk menggunakan aplikasi mudah.
🔴 Pastikan car seat yang ingin dibeli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan car seat tersebut berlabel E-Mark (European Standard ECE 44) yang tulen.
🔴 Pastikan car seat yang dibeli muat diletakkan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila car seat ini berada dalam keadaan baring.
🔴 Murah atau mahal kerusi yang dibeli, pastikan anda membaca buku panduan yang disediakan.
🔴 Jangan lupa untuk mendaftar car seat yang baru dibeli untuk warranty atau jaminan tambahan.


Ingin saya recommend jenis & jenama car seat mengikut bajet anda?
WHATSAPP Tim +6 010 3347302 😊
Instagram shop: BabybyTimmie

3 comments:

  1. Utk starex 2017 yg mn sesuai

    ReplyDelete
  2. Boleh bagi cadangan utk booster carseat ditengah? Sebab kereta saya cuma ada 2 point seatbelt di tengah. Anak ada 3

    ReplyDelete