TimMie's

Baca ini ya, dearies~ :)


Jika anda mencari stroller, carseat atau barangan bayi lain berjenama seperti 4moms, Quinny, Halford, Easy Walker, Nuna, Maxi Cosi, Koopers, Baby Jogger dan banyak lagi, boleh hubungi saya ya. Saya cuba bantu anda buat pilihan terbaik dengan lebih penjimatan. Whatsapp +6 010 3347302 atau tinggalkan mesej anda di Chatbox. Terima kasih.

Saturday 10 December 2016

Cara Memilih Safety Car Seat yang Sesuai

Ok kali ni kita belajar sedikit jenis-jenis carseat yang available di pasaran & macam mana nak tahu carseat apa yang sesuai untuk anak kita. Kena ingat, cadangan umur yang sesuai untuk carseat yang dibuat oleh syarikat antarabangsa mungkin tidak selari dengan saiz kanak-kanak Malaysia. Ini kerana saiz tubuh kanak-kanak dari US & Europe biasanya lebih besar dan tinggi.

Selain itu, elakkan memilih carseat semata-mata berdasarkan corak/design yang cantik semata-mata. Ingat, tujuan utama menggunakan carseat adalah untuk KESELAMATAN.

Sebaiknya, car seat harus dibeli sebelum anak dilahirkan. Ini untuk persediaan setelah kita dibenarkan pulang dari hospital. Lagi awal kita perkenalkan anak dengan carseat, lebih mudah untuk anak membiasakan diri mereka dengan rutin keselamatan ini.

Jenis-jenis carseat. Dari kiri: Infant carseat, Convertible carseat, booster carseattiada carseat (menggunakan seat belt kereta bersama/tanpa booster cushion)

Seat yang di tengah tu adalah booster carseat

Terdapat 2 cara pemasangan car seat di dalam kenderaan iaituRear-Facing (menghadap ke belakang) & Front-Facing (menghadap ke hadapan).

Pasangkan car seat anak anda secara rear-facing selama yang mungkin, sebaik-baiknya sehingga umur 2 tahun, kemudian barulah ditukar kepada front-facing. Ini untuk mengurangkan impak terhadap bayi jika berlaku kemalangan, disebabkan tulang belakang dan leher bayi yang masih lembut.


Jangan pasang car seat di tempat duduk bahagian  hadapan yang mempunyai airbag (belon udara keselamatan). Kedudukan paling selamat di dalam kereta adalah di tempat duduk bahagian tengah. Namun, kebanyakan kereta tidak sesuai dipasang car seat di bahagian ini kerana tidak mempunyai seat belt yang sesuai. Pilihan kedua terbaik adalah di belakang tempat duduk penumpang hadapan.

Mari kita tengok apakah jenis-jenis car seat yang terdapat di pasaran.

Maxi Cosi Cabriofix

1. INFANT CARRIER / CAR SEAT

Infant carrier boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut jenama tertentu. Car seat ini perlu diletakkan menghadap ke belakang (rear-facing), maka car seat ini lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama bayi. Car seat ini lebih kecil dan mudah diangkat keluar masuk kereta, juga terus dipasangkan pada frame stroller (dengan adaptor yang sesuai). Dan yang lebih penting, tanpa mengganggu si kecil yang sedang tidur.

Tetapi penggunaan infant carrier mempunyai had masa. Ia perlu ditukar kepada carseat yang lebih besar apabila kepala bayi telah melebihi paras hujung kerusinya dan beratnya sudah melebihi had yang ditetapkan kerusi tersebut. Apabila anak anda sudah melepasi had ini, bertukarlah kepada convertible car seat atau all-in-one car seat.

Halford Voyage XT

2. CONVERTIBLE CAR SEAT

Car seat jenis ini boleh diletakkan secara rear-facing (menghadap ke belakang) atau fornt-facing (menghadap ke depan). Kebanyakan car seat jenis ini sesuai untuk penggunaan dari bayi newborn sehingga ke umur 4 tahun, ada yang sehingga 6 tahun. Oleh itu, pastikan anda mengetahui had umur kerusi yang ingin anda beli.

Kerusi jenis ini lebih berat dari infant carrier maka, ia tidak mudah untuk dibawa keluar dan masuk dari kereta kita. Tetapi car seat ini lebih ekonomi jika dibandingkan dengan infant carrier kerana tempoh penggunaannya adalah lebih lama.
Cosatto Zoomi

3. BOOSTER CAR SEAT

Ini pula peringkat akhir kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta.
Secara mudahnya, kerusi ini membantu menaikkan ketinggian anak anda supaya boleh menggunakan tali pinggang keselamatan kereta.
Asasnya, terdapat 2 jenis: high back booster car seat dan booster cushion.


Graco 4Ever

4. ALL-IN-ONE CAR SEAT

Kerusi jenis ini boleh menghadap ke depan dan ke belakang dan boleh juga bertukar menjadi booster seat jika anak anda sudah sampai pada peringkat umur yang bersesuaian. Oleh kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur, maka penggunaannya adalah lebih lama daripada kedua jenis car seat yang disebut di atas. Bagaimana pun, harganya biasanya lebih mahal tetapi berbaloi untuk kegunaan jangka masa panjang. Beli satu carseat dan tak perlu fikir untuk tukar lagi sehingga anak mencecah umur 12 tahun.


TIPS TAMBAHAN MEMBELI CARSEAT:

🔴 Pilihlah car seat yang mudah untuk kita dan pasangan kita gunakan. Jika tidak yakin, minta penjual menunjukkan cara pemasangan carseat dengan betul dalam kereta anda.
🔴 Pilihlah kerusi yang bersesuaian dengan berat dan umur anak kita. Klik di sini untuk menggunakan aplikasi mudah.
🔴 Pastikan car seat yang ingin dibeli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan car seat tersebut berlabel E-Mark (European Standard ECE 44) yang tulen.
🔴 Pastikan car seat yang dibeli muat diletakkan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila car seat ini berada dalam keadaan baring.
🔴 Murah atau mahal kerusi yang dibeli, pastikan anda membaca buku panduan yang disediakan.
🔴 Jangan lupa untuk mendaftar car seat yang baru dibeli untuk warranty atau jaminan tambahan.


Ingin saya recommend jenis & jenama car seat mengikut bajet anda?
WHATSAPP Tim +6 010 3347302 😊
Instagram shop: BabybyTimmie

Pentingnya Carseat untuk Anak Kita

Sejak jadi ibu, Tim memang suka korek ilmu berkenaan apa yang terbaik untuk bayi dan kanak-kanak . Normallah kan, memang naluri seorang ibu & bapa mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Baik dari segi penyusuan badan (breastfeeding), pemakanan, tumbesaran sehinggalah kepada bab penggunaan baby carrier dan safety carseat yang sesuai. Banyak lagi yang masih Tim belum tahu, masih belajar. Tapi ilmu yang ada tu inshaAllah Tim akan kongsikan bersama 😊

Dalam banyak-banyak aspek berkaitan penjagaan bayi & kanak-kanak ni, di Malaysia kita agak terkebelakang dari segi kesedaran terhadap kepentingan memakai safety carseat sekurang-kurangnya sehingga umur anak mencecah 7 tahun. Dulu semasa Tim belajar di UK, semua kanak-kanak diwajibkan pakai carseat sehingga umur 12 tahun. Siapa bawa anak tapi dalam kereta takde carseat siaplah, tunggu kena saman yang bukan sikit-sikit. Bagusnya sebab undang-undang ni dah lama dikuatkuasa di sana, dan ibu bapa faham akan kepentingan carseat, maka mereka sendiri dengan rela hati memastikan anak-anak menggunakan carseat yang betul. Dengan bertambah anak, kereta pun upgrade supaya boleh muat carseat banyak-banyak. Awesome! Kita kat Malaysia pun boleh. Yang penting kena tahu dan faham peranan carseat untuk keselamatan anak kita.

Princess kesayangan, my Little Khadi, nyenyak tidur on the way balik kampung.

Antara kepentingan Baby Car Seat adalah:

1. Keselamatan bayi

Kata orang malang tidak berbau. Kita mungkin merasakan 'ah, pangku baby ni lagi senang nak menyusu ke apa..letak dalam car seat nanti dia menangis lagi susah'. Haa ini yang kita silap. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Bayangkan jika kita letakkan bayi di tempat duduk sebelah pemandu, atau anak yang dah besar sikit suka memanjat dari kerusi belakang ke depan. Ketika asyik memandu seekor kucing melintas dan kita terpaksa menekan brek secara tiba-tiba. Apa agaknya akan jadi kepada anak kita? Impak kecil mampu memberi kesan kecederaan yang besar terhadap kanak-kanak, apatah lagi dalam perjalanan jauh yang tentunya lebih berisiko tinggi. Biarlah anak menangis sekejap dalam car seat daripada kita menangis kehilangan mereka (nauzubillah).

Mari kita ambil iktibar dari tragedi-tragedi seperti ini:

Bayi Maut Tercampak Keluar Dari MPV
Dua Anak Tercampak Dari Kereta
Bayi 5 Bulan Maut Tercampak 

By the way, ada tekniknya nak bagi anak biasa duduk dalam car seat. Nanti Tim share tau.

2. Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri

Bila kita sudah biasakan bayi kita duduk dalam car seat, lebih mudah untuk kita memandu seorang diri. Untuk permulaan mungkin ada sedikit kesukaran melatih anak. Lama kelamaan, anak kita akan biasa.

3. Dapat mengajar bayi untuk tidur sendiri

Apabila bayi sudah kenyang dan lampin sudah disalin, mereka akan rasa selesa dan tidak mempunyai masalah untuk tidur nyenyak dengan sendiri. Kebiasaannya, cara ini memang berkesan sebab gegaran kereta semasa kita memandu membuatkan bayi lebih mudah untuk tidur. Secara tidak langsung ianya juga dapat membuatkan anak anda pandai berdikari.

4. Mengajar anak tentang rutin di dalam kereta

Budak-budak memerlukan rutin yang sama supaya mereka tidak keliru. Kejap buat boleh, kejap buat tak boleh, mana satu yang betul ni? Jadi, kita kena buat satu rutin dalam kereta juga, iaitu masuk kereta mesti duduk di car seat masing-masing. Dari bayi sampailah yang dah besar. Jika bayi perlu menyusu, berhenti sebentar di kawasan perhentian untuk susukan bayi, kemudian letakkan semula dalam car seat. Bayi selesa, kita pun selesa semasa perjalanan.

Friday 30 January 2015

Resepi Makan Malam: Ayam Masak Serai

Assalamu'alaikum

Ini cerita semalam ye, sebab hari ni makan lauk semalam jugak. hehe..gara-gara tak menyempat layan order DIY Tupper Cabinet berdesup-desup. Tau la musim gaji masuk kan. Alhamdulillah.

Semalam dok godek-godek cari resepi ternampak mak saya share resepi Ayam Masak Serai kat wall facebook (mak saya aktif tau fesbuk, macam-macam dia share kat wall fesbuk dia tu..kikiki). Nampak macam senang je sedap pulak tu nak try lah!

gambar ihsan google. henpon saye demam, kamera ting tong.

Meh sini nak tepek resepi so korang boleh try jugak
---------------------------------------------------

AYAM MASAK SERAI

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk di kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Perasakan dengan gula dan garam.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.

----------------------------------------------------

Tong teng tong teng kat dapur siap la ayam masak serai ku. Tapi dah rupa ayam masak merah pulak nengoknya. Mungkin terlebih cili giling kot..hihi..resepi asal guna cili kering blend sendiri tapi dah nak cepat punya pasal cili giling ajo lah. Kebetulan pula kawan lama kat UIA dulu, Azkeey, datang singgah nak tengok si kecik Khadi alang-alang ajak makan sekali (nasib baik masak nasi banyak..hehe)

So, the verdict?......

Azkeey cakap, "sedapla akak masak". (dia panggil akak sebab saya tua setahun walaupun sekelas..haa camno tu..)
Saya pun kembang kuncup dalam hati. Lantak la kalau dia saje bermanis mulut pun. Yang penting ayat yang terzahir tu kata sedap hokeyyy
Husband senyap je makan, bertambah..tak bercakap sangat mungkin malu kot ada tetamu.

Hari ni dia makan lagi ayam tu, suruh perangat.
Kesiannya tak sangka pulak dia nak balik tengahari sebelum Jumaat. Selalu tu terus solat Jumaat, petang baru balik. Saya pun plan nak masak lambat sikit.
Tapi dia makan dengan penuh selera, siap tanya lagi, "ayang buat banyak ni je ke?"
apekah maknanya ayat tersebut..adakah kerana beliau terasa tidak cukup sebab lazat sungguh..hehehe *kembang lagi*

Ha apa lagi..moh ler kite memasok (broken perak..hohoho)

Wednesday 28 January 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Salam untuk semua.

Alhamdulillah berjaya curi masa buat blog baru setelah blog-blog (tudia banyak sungguh) lama semua bersawang, berhabuk, makan dek anai-anai runtuh habis. hihi..senang-senang delete semua kita buat baru. Kita kasi buka buku baru azam baru. Lagipun status dah bertukar. Dulu zaman gila-gila remaja, sekarang dah jadi mak orang yang vogue. gittteww

Dipendekkan cerita aku resigned as lecturer di sebuah universiti swasta hujung tahun lepas, kira-kira umur si comel Khadi 5 bulan <-- my baby yang kiut miut intan payung bucuk masyem. wawawa
Husband cakap "u jaga sendiri la anak, tak payah hantar nursery. kan macam-macam kes sekarang. pastu kita buat bisnes, abang bagi modal".
Fuh. Hepi pun ada, risau pun ada. Serba salah. Tapi lebih kepada hepi la. Sape tak hepi dapat dok ngan si kecik kiut miut 24 jam. Tengok dia membesar sesungguhnya saat-saat yang sangat indah.

Alkisahnya hidupku kini syok sungguh dok goyang kaki kat rumah tak payah gi kerja.
Konon la kan. Berangan saja rupanya.
Sibuk macam orang anak lima. hehe
Sebabnya pengurusan masa aku masih tunggang langgang. Dengan baby yang setiap sejam kena breastfeed.
Tengah breastfeed si kecik tido aku join sama..kikiki
Alih-alih dah zohor. Nak siap-siap masak satgi husband nak balik makan.haih. Memang banyak lagi nak kena belajar ni.
Takpa takpa slow slow k..wawawa

Sekarang pulak dah mula bisnes barangan bayi. Kecik-kecik je dulu cari experience.
Sudi-sudilah jenguk instagram saya KLIK SINI. Thank you thank you.

Ok sampai sini dulu bebelan pertama untuk blog baru ni. (ape la rasmi blog ngan bebelan. ish ish ish)

Sampai jumpa lagi.
Tata titi tutu~ :D